Kementerian Sumber Manusia akan membangunkan aplikasi dikenali sebagai e-Wages sebagai platform komunikasi dua hala antara kerajaan dan pekerja.
Menterinya Datuk Seri M. Saravanan berkata, aplikasi itu memberi ruang kepada pekerja untuk memaklumkan secara terus kepada kementerian itu sekiranya berlaku sebarang pengabaian kebajikan pekerja oleh majikan.